Thursday, May 19, 2011

DEB....MEB...

DEB, MEB kekal sebagai ekonomi politik malaysia


KUALA LUMPUR 19 Mei - Walaupun ada yang mempersoal Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada masa dulu, ramai yang lupa bahawa ia turut banyak menyumbang kepada usaha pembasmian kemiskinan dan mewujudkan ramai jutawan di negara ini.

Paling penting, DEB menyumbang kepada kestabilan politik negara.

Tetapi malangnya DEB dipersalahkan setiap kali ekonomi negara melalui tempoh-tempoh mencabar, kata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata DEB sebenarnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan dalam masa yang sama memastikan pengagihan kekayaan dan pendapatan yang lebih adil.

“Beberapa negara mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang sama dengan kita tetapi malangnya menyaksikan kemerosotan dalam taraf hidup rakyat mereka walaupun mempunyai sumber lebih kurang sama atau lebih baik daripada kita,” katanya.

Myanmar, Ghana, Filipina dan Sri Lanka pada satu ketika dahulu berada di hadapan tetapi kini ketinggalan berbanding Malaysia.

Sebaliknya, pendapatan per kapita Korea Selatan yang 40 peratus lebih rendah berbanding kita pada 1970 kini tiga kali lebih tinggi.

“Kita sering mengalahkan mereka dalam perlawanan bola sepak pada tahun 1970-an, dan kini pasukan bola sepak mereka bermain di Sukan Olimpik. Di mana silap kita?” tanya Daim semasa menyampaikan syarahan pada Siri Syarahan Tun Abdul Razak. - Bernama

No comments:

Post a Comment