Saturday, January 7, 2012

KemPen bebAskan ANWAr 901 KOnon.....BiaR je MahKAmAh yg TentuKan...

KEMPEN BEBASKAN ANWAR 901.........Pelancongan, rezeki peniaga bakal terJEJAS....


Tindakan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 pada Isnin ini dilihat sebagai satu usaha yang bakal mengundang kehancuran kepada industri pelancongan negara.

Presiden Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (Tram), Azlie Halim berkata, dalam konteks pelancongan, faktor kestabilan politik dan ekonomi banyak mempengaruhi perkembangan industri itu.

"Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha menarik pelancong asing ke negara kita, kesan kejayaannya bukan sahaja dinikmati oleh mereka yang terlibat dalam sektor itu tetapi semua peringkat masyarakat.

"Tetapi jika kekacauan seperti demonstrasi jalanan masih terus menjadi budaya, janganlah kita mengharapkan pelancong asing akan datang berduyun-duyun untuk melancong dan berbelanja di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas penganjuran Perhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertujuan menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes tuduhan meliwat pembantu peribadinya.

Menurut Azlie, demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) lalu turut memberi kesan negatif terhadap imej negara, malah menarik kemajuan industri pelancongan ke kancah kehancuran.

Tambahnya, orang ramai juga sepatutnya mengambil iktibar terhadap demonstrasi yang berlaku di Thailand sehingga menjejaskan sektor pelancongan dan menjadi pengalaman paling buruk kepada industri itu.

"Kesan demonstrasi seperti itu sukar untuk dipadam dalam tempoh enam bulan hingga setahun, tambahan pula liputan agensi berita asing yang tanpa jemu menyajikan berita-berita panas sehingga menjejaskan nama baik negara.

"Jadi, Tram mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan itu dan menyeru semua pihak menghalangnya kerana keamanan, kedamaian dan keharmonian masyarakat adalah aset pelancongan yang berharga," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP), Datuk Rosli Sulaiman berkata, perhimpunan haram itu hanya menyusahkan peniaga dan akan menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

"Daripada pengalaman pada perhimpunan haram lalu, pengusaha menjadi trauma dan takut untuk menjalankan kegiatan harian mereka, malah akan menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Tambahnya, penganjur boleh mengadakan perhimpunan di tempat lain yang tidak mengganggu kawasan tumpuan jika mereka tetap berdegil walaupun dikecam pelbagai pihak

***HARAPAN PADA SEMUA JANGANLAH HADIR PERHIMPUNAN YANG MEMBAZIR DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA TERCINTA INI** pEaCe.......

renungan bersama...........:-)

buat diriku dan semua rakan2....


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.