Thursday, October 13, 2011

terima kasih kerajaan BN...

‘BAJET 2012 : TRANSFORMASI KE ARAH KEJAYAAN’

Di waktu ini semua orang sedang memperkatakan mengenai Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Tidak dapat tidak kita sebagai rakyat perlu mengakui bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan agar negara Malaysia menjadi negara setanding dengan negara-negara maju menjelang 2020. Ia tentulah memberi banyak manfaat terhadap perkembangan Negara yang pelbagai agama dan bangsa.
Bercakap mengenai transformasi yang di bawa oleh YAB Perdana Menteri ini kita tidak dapat lari daripada agenda transformasi dalam aspek pentadbiran, sosial dan ekonomi. Konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kemudian, ia telah disusuli dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan 7 NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, Model Baru Ekonomi dengan 8 SRI dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik yang akan menyaksikan proses besar negara Malaysia supaya menjadi sebuah negara yang moden, dan progresif.
Penulis amat tertarik dengan Fokus YAB Perdana Menteri terhadap Bajet 2012 ini adalah bertemakan “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” dengan memberi penekanan kepada lima fokus utama. Iaitu yang pertama meligatkan pelaburan ekonomi negara disamping sistem pelaburan Islam tidak ditinggalkan. Kedua, mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi rakyat Malaysia. Ketiga, program transformasi luar bandar juga adalah fokus utama supaya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus perubahan dan pemodenan. Keempat, memperkejap perkhidmatan awam dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik. Kelima, meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat terutama masalah rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan.
Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak adalah merupakan satu pembentangan bersejarah kerana pengumuman beberapa intensif kepada keseluruhan rakyat pelbagai kaum terutama mereka yang berpendapatan rendah sama ada berada di bandar termasuklah di luar-luar bandar. Kerajaan akan menyediakan program Kebajikan Rakyat 1Malaysia yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin, bantuan kanak-kanak miskin , serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Ini akan memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum dan ini merupakan kesinambungan daripada program-program kerajaan sebelum ini.
Ada dikalangan pembangkang menyatakan bahawa ini adalah gula-gula pilihanraya oleh kerajaan Barisan Nasional. Cubalah pihak pembangkang berfikir dengan sedalam nya tentang bajet ini kerana semua nya untuk kebajikan rakyat. Tentunya rakyat Malaysia yang berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah tidak menolak skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia yang amat jelas membantu ekonomi dan pelaburan rakyat. Walaubagaimana pun, rakyat juga perlu rajin dan berusaha dalam memantapkan kehidupan mereka.
Bajet 2012 yang dibentang Perdana Menteri ini adalah yang realistik dan memberi menafaat sebenar kepada rakyat, bukan janji kosong daripada pihak pembangkang yang juga mengumukan bajet pembangkang yang langsung tidak berasas. Paling memeranjatkan kita ialah kerajaan akan memberi bantuan sebanyak RM 500 kepada keluarga berpendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah dan sudah pasti ini juga melibatkan semua rakyat termasuk pembangkang yang sentiasa memburukkan kerajaan Barisan Nasional.
Selain itu juga,ianya memberi keselesaan kepada rakyat, kerajaan juga menyediakan pelbagai program perumahan untuk dinikmati bersama iaitu skim rumah pertamaku, menubuhkan perumahan rakyat 1 Malaysia atau PRIMA, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Rumah Mesra Rakyat. Dengan program yang disediakan ini kita yakin rakyat akan menikmati dan merasai kelebihan ini. Selepas ini, masalah perumahan ini dapat dikurangkan dan tidaklah rakyat dikatakan merempat di negara sendiri. Generasi kedua juga tidaklah merungut dan sentiasa menyalahkan kerajaan kerana tidak memiliki rumah sendiri.
Jangan kita lupa bahawa kerajaan juga sangat memahami ibubapa pelajar iaitu yuran persekolahan pada tahun hadapan adalah percuma. Ini adalah lanjutan daripada buku teks percuma dan sebagainya yang diberikan kerajaan BN sebelum ini. Selain itu juga kerajaan memberi bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM530 juta. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional. Dengan adanya bantuan ini, tiada lagi masalah anak tidak bersekolah atas alasan kewangan tidak mengcukupi dan harapan agar masalah anak-anak tidak bersekolah di kawasan terpencil dapat di atasi lantaran zaman moden ini masih ada masalah ini.
Sememangnya Negara ini adalah Negara yang bertuah kerana kerajaan sentiasa memastikan para mahasiswa dan mahasiswi terus menerus diberi perhatian dan di atas keprihatinan kerajaan dalam membantu meningkatkan tahap pendidikan di IPTA dan IPTS kerana kerajaan memberi pinjaman dan biasiswa kepada mereka. Di dalam bajet 2012 kerajaan , pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Dengan ini pelajar dapat menguruskan pembelajaran dengan lebih baik demi kecemerlangan.
Kita seharusnya yakin dengan adanya kemampuan dan keupayaan kewangan negara yang diterjemahkan melalui pembentangan bajet mencakupi keperluan dan kepentingan rakyat; akan dapat menanamkan lagi kepercayaan tinggi rakyat pelbagai kaum terhadap keupayaan sebenar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara pada ketika ini.Dalam ucapan selama dua jam 10 minit, Datuk Najib turut mengumumkan dasar Tranformasi Nasional (DTN) bagi menaungi Program Tranformarsi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia bersatu dan maju.
Kita perlu memberi sokongan sepenuhnya terhadap belanjawan yang bertemakan ‘Dasar Tranformarsi Nasional: Bajet Membela Rakyat,Mensejahtera Negara’ kerana satu belanjawan pada tahun 2012 yang mengariskan strategi merangsangkan ekonomi sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap keperluan rakyat dalam menangani kos serta hidup yang meningkat. Dengan pembentangan Bajet 2012 ini jelas membuktikan ia menjurus kepada dua asas penting – keadilan sosial dan usaha menangani kos hidup rakyat. Atas asas tersebut rakyat sudah tentu berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bajet yang buat pertama kalinya menyaksikan manfaatnya amat menyeluruh.daripada anak-anak sekolah, belia, suri rumah, kakitangan awam, nelayan, petani sehinggalah pemandu teksi; orang kampung dan orang bandar; peneroka Felda dan penghuni kampung tradisional serta rumah panjang, semuanya memperoleh limpah rahmat. Diharapkan agar tiada lagi rakyat yang tercicir dalam bajet ‘kebajikan’ ini.
Rakyat perlulah bijak menilai ketelusan kerajaan Barisan Nasional yang telah lama memerintah Negara ini. Pelbagai usaha yang telah dilakukan demi kepentingan rakyat. Kepada pihak pembangkang janganlah menimbulkan isu dan memanipulasi apa sahaja tindakan kerajaan dan menganggap mereka sahaja yang benar dan betul. Sememangnya mereka sedang mencari idea bagaimana hendak menghentam bajet 2012 yang telah diumumkan oleh kerajaan. Ingatlah, program pembangunan rakyat ini adalah untuk semua golongan bagi memastikan rakyat hidup aman dan sentosa.
Sebagai rakyat Malaysia, penulis amat terharu dengan ucapan YAB Perdana Menteri yang berbunyi :-"Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah". Sebagai rakyat Malaysia bumi bertuah ini jangan lah kita hanya menunding jari menyalahkan kerajaan kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa menjaga kebajikan rakyat dari dulu, kini dan selamanya