Thursday, May 19, 2011

'Jangan naik harga sekarang'-Pemuda umno

'Jangan naik harga sekarang'
- Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dibuat sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang sedang merasai kesan kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak enam peratus, lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak tiga peratus.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rem-bau berkata, kenaikan RON95 akan memberi kesan terhadap barangan lain juga kerana ia melibatkan rantaian nilai.

"Pergerakan Pemuda UMNO berpendapat rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol akan menyebabkan mereka terus terhimpit.

"Oleh kerana itu, saya meminta semua Pemuda UMNO bahagian mengemukakan usul membantah kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik pada masa ini," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Zakaria Nordin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Shahrul Ekhsan Othman.

Khairy berkata, beliau akan menyampaikan usul tersebut kepada kerajaan dan terpulang kepada kerajaan untuk memberi pertimbangan terhadap bantahan itu.

"Kalau nak struktur semula subsidi saya setuju tetapi saya tidak setuju ia dibuat sekarang kerana kita tengok harga makanan seperti daging, ayam dan sayur telah pun meningkat dan rakyat rasa terhimpit," katanya

umno dulu, kini dan selamanye....

UMNO bantu Islam, bela penganut lain - TPM


KANGAR 19 Mei - Perjuangan UMNO yang menerajui kepimpinan negara adalah untuk memajukan masyarakat Islam di negara ini tetapi usaha membantu masyarakat bukan Islam tetap dilakukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apabila kerajaan menyebut untuk membangunkan Islam di negara ini, ia tidak bermakna orang bukan Islam tidak dibantu kerana dasar Islam Barisan Nasional adalah untuk memberi layanan adil kepada semua.

"(Bukan Islam) selagi mereka warga Malaysia, taat setia kepada negara, mereka tetap diberikan pembelaan. Dasar Islam kita adil kepada semua,” katanya pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kuala Sanglang dekat sini hari ini yang diadakan sempena lawatan sehari beliau ke Perlis. - Bernama

- kita yakin umno adalah pembela rakyat..

DEB....MEB...

DEB, MEB kekal sebagai ekonomi politik malaysia


KUALA LUMPUR 19 Mei - Walaupun ada yang mempersoal Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada masa dulu, ramai yang lupa bahawa ia turut banyak menyumbang kepada usaha pembasmian kemiskinan dan mewujudkan ramai jutawan di negara ini.

Paling penting, DEB menyumbang kepada kestabilan politik negara.

Tetapi malangnya DEB dipersalahkan setiap kali ekonomi negara melalui tempoh-tempoh mencabar, kata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata DEB sebenarnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan dalam masa yang sama memastikan pengagihan kekayaan dan pendapatan yang lebih adil.

“Beberapa negara mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang sama dengan kita tetapi malangnya menyaksikan kemerosotan dalam taraf hidup rakyat mereka walaupun mempunyai sumber lebih kurang sama atau lebih baik daripada kita,” katanya.

Myanmar, Ghana, Filipina dan Sri Lanka pada satu ketika dahulu berada di hadapan tetapi kini ketinggalan berbanding Malaysia.

Sebaliknya, pendapatan per kapita Korea Selatan yang 40 peratus lebih rendah berbanding kita pada 1970 kini tiga kali lebih tinggi.

“Kita sering mengalahkan mereka dalam perlawanan bola sepak pada tahun 1970-an, dan kini pasukan bola sepak mereka bermain di Sukan Olimpik. Di mana silap kita?” tanya Daim semasa menyampaikan syarahan pada Siri Syarahan Tun Abdul Razak. - Bernama