Thursday, January 6, 2011

Renungan bersama....


Sekilas mutiara hari ini 6 Januari 2011

"Musuh paling berbahaya adalah orang-orang terdekatmu, yaitu orang-orang yang hanya terlihat bersikap baik secara penampilan luarnya saja - dan musuh yang sesungguhnya adalah pikiranmu sendiri, yaitu pikiran-pikiran liar yang tak bisa kau kuasai dan kendalikan."

"Pukulan dari sahabatmu lebih baik dari pada ciuman dari musuhmu."

"Janganlah terlalu membanggakan apa yang kamu lakukan hari ini, sebab kamu belum tahu apa yang akan di berikan oleh hari esok."

"Phytagoras berkata,"jangan sekali-kali percaya paada kasih sayang yang datang secara tiba-tiba, karena dia dapat meninggalkanmu dengan tiba-tiba pula"

"Phytagoras berkata,"jika engkau ingin hidup senang ,maka hendaklah engkau rela di anggap sebagai tidak berakal atau di anggap orang bodoh". (maksudnya, kira-kira: jika kita rela dianggap bodoh berarti kita telah menanamkan keikhlasan dalam hati yang terdalam, jika keikhlasan sudah tertanam dalam hati-nurani, maka manusia bisa selalu merasakan senang dalam berbagai kondisi kehidupan )

mainan politik jahat dan kotor - RAIS DIFITNAH...



Rais nafi laporan blog

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menafikan alegasi kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata: “Alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.

“Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara.”

Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

“Sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.”

“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan alegasi salah laku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang,” katanya.

Rais berkata, sehubungan itu, perkara ini adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Laporan polis oleh Pas dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lepas susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi ini bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan, kata anggota Parlimen Jelebu itu.

Rais berkata: “Alegasi pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil wikileaks.”

Beliau berkata, tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes tersebut adalah suatu perbuatan “politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta di mata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullah dan Musa.” – BERNAMA


---Sudah jelas bahawa bukan Rais yang merogol kerana beliau telah menafikannya di mesyuarat kabinet. Pembangkang telah MERACUNI pemikiran rakyat seolah-olah isu ini benar.Laporan Polis wajar dibuat terhadap pihak yang menabur fitnah ni.....