Thursday, June 25, 2009

CINTA DAN WAKTU.....

o Alkisah disuatu pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan,Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya.
Pada awalnya mereka hidup bersama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai datang menghempas pulau kecil itu tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.
Cinta sangat bimbang kerana ia tidak memiliki perahu.
Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan.
Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta.
tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak Cinta.
dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! maafkan aku Cinta", kata kekayaan.
"Perahuku telah penuh dengan semua hartaku.
Aku tak dapat membawamu Bersama,nanti perahu aku tenggelam. Lagipun tak ada ruang untuk kau di perahuku ini."Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengans ebuah perahu.
" Kegembiraan! TOLONGLAH aku!" TERIAK CINTA.
Oleh kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan Cinta.
Air semakin meninggi membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah Kecantikan di depannya.
"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!"teriak Cinta"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut K ecantikan.
Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta mula menangis teresak-esak."Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak memperdulikan aku?" rintihannya sayu.
Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula kesedihan dengan perahunya."Ohh, kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata cinta"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian..." kata Kesedihan sambil terus mendayung perahunya.
Cinta sudah mula putus asa.Air semakin naik dan akan menenggelamkannya.Cinta terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa cinta?
"Pada saat yang kriktikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya,"Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran,orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan pulau itu.
Pada ketika itulah, baru Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu.
Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu."Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.cinta pun bertanya lagi." tapi mengapakah dia menyelamatkan aku. Aku tak kenal dia. Sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku," Tanya Cinta kehairanan.
"Sebab, hanya waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu..." kata orang itu.setelah itu fahamlah cinta akan kepentingannya di dunia ini.

MORAL : ADAKAH CINTA PERLUKAN KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN????

SEDARLAH WAHAI BANGSAKU..KITA TIDAK PUNYA BANYAK WAKTU........BANGKITLAH!!

KECEWA KERAJAAN PERPADUAN DITOLAK...

Ahli Akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kecewa dan kesal apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perasaan orang Melayu seolah-olah dipermain-mainkan apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu.

“Kita teruja dan gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam apabila timbulnya cadangan ini terutama kerjasama antara UMNO dan Pas.

“Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Pas sebelum ini bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO demi kesejahteraan orang Melayu dan umat Islam, tetapi ditolak pakatan pembangkang semalam.

“Mereka (Pas) tidak fikir tentang agenda orang Melayu atau Islam. Saya lihat Pas kini sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam yang dihormati, tetapi hanya mahu berpolitik lebih daripada perjuangan asalnya.

“Lebih aneh, mereka menyalahkan UMNO pula kerana cuba mengeksploitasi isu ini. Setahu saya, cadangan ini datang daripada mereka (Pas). Ini ibarat ‘hujan naik ke langit’ pula,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md. Harun yang turut kesal dengan kegagalan kerajaan perpaduan itu berkata, keadaan orang Melayu kini tidak boleh dibanggakan sangat.

Katanya, kaum itu perlu berbuat sesuatu untuk bersatu bagi mencapai kemajuan dalam segala aspek.

“Tetapi, apabila ada usaha seperti ini yang boleh memberi makna besar kepada perpaduan orang Melayu, ada pula yang seperti mahu ia tidak dilaksanakan,’’ katanya.

Katanya lagi, ini menunjukkan bahawa Pas terus tunduk dengan arahan dan kata-kata DAP yang sesekali tidak akan membenarkan orang Melayu bersatu-padu.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad pula berkata, sikap Pas yang berdolak-dalik dalam isu tersebut amat dikesali kerana ia merugikan orang Melayu sendiri.

“GPMS yakin rakyat telah jelas dan faham tentang permainan politik Pas sejak dulu lagi. Kita percaya rakyat akan menolak sebarang cadangan daripada Pas lagi selepas ini walaupun atas nama agama dan kaum Melayu,” jelasnya.

Ketua Umum, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula berkata, penolakan idea itu bertentangan dengan aspirasi rakyat yang telah lama menikmati hasil perpaduan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, ia dibuat di peringkat pemimpin politik sahaja tanpa mendengar pandangan akar umbi.
“Pakatan pembangkang selama ini mencanangkan mereka mewakili rakyat, tapi kenapa dalam hal ini mereka tidak mendengar suara rakyat terlebih dahulu,’’ katanya.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan Pas lebih mementingkan politik pilihan raya berbanding politik kepentingan ummah.

“Pada masa ini, Pas hanyalah parti ketiga dalam pakatan pembangkang. Jangan anggap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan beri peranan utama kepadanya apabila menang kelak, insaflah bahawa kepentingan ummah mengatasi segala-galanya,’’ katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kegagalan idea kerajaan perpaduan berpunca daripada penolakan PKR dan DAP.

Katanya, beliau yakin jauh di sudut hati Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mahukan idea itu direalisasikan demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

“Namun, akhirnya dia sedar kekuatan Pas tiada, jadi dia terpaksa ikut arus yang deras dalam pakatan pembangkang.

“Apa pun Pas tidak mahu mengakui mereka mengikut arus deras itu dan sebaliknya lantang menuduh UMNO,” katanya.

Sementara itu, pensyarah di Jabatan Pengajian Hubungan Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), KS. Balakrisnan berkata, pakatan pembangkang dilihat agak goyah apabila isu berkaitan kerajaan perpaduan dibangkitkan.

Katanya, pihak pakatan mungkin takut atau bimbang sekiranya gabungan Pas dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan, kuasa politik dan sokongan masyarakat Islam kepada mereka akan terhakis.
Sumber: Utusan Malaysia 24 Jun 2009


----fikir-fikirkanlah------